Penaung Ilmu Pengetahuan Al-Hakam_II

Al-Hakam II sangat meminati ilmu pengetahuan. Beliau telah menghantar ejennya untuk membeli buku dari Damsyik, Baghdad, Constantinople, Kaherah, Makkah, Madinah, Kufah, dan Basrah. Al-Hakam II amat terkenal di dunia Islam sebagai penaung ilmu pengetahuan sehinggakan sebuah buku mengenai beliau telah ditulis di Parsi yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah.

Semasa pemerintahannya, kegiatan penterjemahan telah dilakukan secara besar-besaran. Banyak buku-buku yang berbahasa Latin dan Greek telah diterjemahkan kepada bahasa Arab. Al-Hakam II telah membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai oleh Arab Muslim dan Kristian Iberia untuk melakukan tugas ini.

Al-Hakam II telah membina sebuah perpustakaan diraja di Cordova. Perpustakaan ini dikatakan mempunyai lebih daripada 600 000 buah buku. Buku-buku ini telah disusun ke dalam 44 buah katalog. Al-Hakam II telah menulis sejarah tentang al-Andalus. Selepas kematiannya, al-Mansor telah memusnahkan kesemua buku tersebut.

Ahli sarjana di Cordoba iaitu Labana telah dilantik sebagai setiausaha peribadi baginda. Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang luas tentang sains dan matematik.

Abu Qasim al-Zahrawi iaitu seorang doktor bedah dan ahli fizik telah bertugas di istana al-Hakam II semasa pemerintahannya.